Friday, September 23, 2011

MEDICAL CARD @ KAD PERUBATAN, MAA TAKAFUL SMARTMEDIC 100

Assalamualaikum...bersua kita kembali hehehe...okeh malas nk ckp panjang2 sbb explanation kt bawah ni pn dh cukup panjang..Bukan apa entry sebelum ni dh cita skit sal sya baru jek lulus xam takaful dan sekarang ni bernaung dibawah MAA Takaful Berhad

 Jadi nk promosi skit sal kad perubatan dari MAA Takaful. Murah dan mampu dimiliki. Jadi kpd yang masih belum punyai kad perubatan @ medikal kad, bolelah segera mendapatkan kad perubatan MAA Takaful hari ini. Sediakan payung sebelum hujan. Sediakan persediaan sebelum ditimpa musibah penyakit :)
MAA TAKAFUL SMARTMEDIC 100 MEDICAL CARD
PENGENALAN
MAA Takaful Smart Medic 100 merupakan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan atau pn menangung utang kad kredit (sumber utusan malaysia baru2 ni: Hutang Perubatan Tinggi - sila rujuk utusan online arkib 20/9/2011
TIADA KO-TAKAFUL
Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10%. Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung 100%.

KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE)
Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic adalah kad perubatan tunggal di mana ia tidak perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan takaful lain.

PEMBAHARUAN DIJAMIN
Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.

KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI
Dengan hanya premium yang berpatutan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had tahunan dari RM50,000 sehingga RM200,000.

MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN YANG TINGGI
MAA Takaful Smart Medic 100 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian (kalo kes bunuh diri tahun pertama tk kaver tp kalo nk gak rm5k tu haa sile bunuh diri tahun kedua konpem waris akan dpt rm5k tu hehehe)

PANEL HOSPITAL TERBAIK SELURUH MALAYSIA
MAA Takaful mempunyai 99 panel hospital seluruh Malaysia. 
oppppss..Berlaku kesilapan kat senarai atas ni dimana panel untuk negeri PAHANG tertinggal ;) Btw bawah ni senarai panel di Negeri Pahang

61 Darul Makmur Medical Centre        609-534 9988
62 Hospital Pakar PRKMUIP                609-513 7110
63 KCDC Hospital                              609-513 8899
64 Kuantan Specialist Hospital           609-567 8588
65 Kuantan Medical Centre                609-514 2828

JADUAL MANFAAT MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100

JADUAL BAYARAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100
*Mulai 1 April 2012, semua permohonan baru Kad Perubatan Smart Medic 100 stand alone hanya menggunakan kaedah bayaran secara tahunan sahaja. Walaubagaimanapun, kad perubatan yang diambil bersama mana-mana produk takafulink masih boleh dibayar secara bulanan. (Sila hubungi atau emel untuk penjelasan dgn lebih jelas)
*SmartMedic 100 bekerjasama dengan salah sebuah ‘Managed Care Organization’ iaitu  Metronic iCares Services. Metronic iCares Services menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan anda;
• Kemasukan ke Hospital
• Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital*


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SmartMedic 100 ni bolelah contact atau emel sya seperti dibawah ini :)
Khairul / BBpin 21F448DC / 012 379 3162 / 012 659 3162 / khairulramleemaatakaful@gmail.com