Wednesday, August 29, 2012

Cerita Di bulan Ramadhan & Syawal 1433H

CERITA BULAN RAMADHAN

Liyana Athirah - fresh dari wifey's oven kekekeke..pict taken right after kua dari operation theater

3 Ramadhan tepat jam 1.04 tengahari, lahirnya anak kedua kami Liyana Athirah :) @ KPJ, Shah Alam walaupun ada skit complication masa nak bersalin dan terpaksa csect last minit tapi alhamdulillah all goes well! Panic attack gak masa kt labour room tu ttb gynae, Dr Siti Esah ckp kena csect, sign doc n bawa terus ke operation theater..huhu berpeluh gak lah masa tu..Dr. Siti mmula suspect mungkin tali pusat terbelit or mungkin terhimpit ke apa tapi bile keluar tkde apa2 masalah dan Athirah pun dok melalak hehehe..1st time experienced huhu sbb Afiqah sebelum ni normal..Punca proceed tuk csect lepas wifey mula nak meneran dan "pintu dah buka 6CM" suddenly Athirah punya heartbeat drop..Tu yang staff nurse kelam kabut intercom Dr Siti..

Dari mula 1 Ramadhan tu kitorang dok bertapa kat KPJ sebab wifey mula rasa ada contraction dan smpailer hari ke lima Ramadhan baru discharged..Lega gak Athirah tk kena Jaundice macam Afiqah dlu kalo tak haihhh bertapa lagi ler kt KPJ tu..Memang menguji fizikal dan mental betul nak uruskn anak bini masa bulan puasa ni..Mana taknya nk uruskan anak bini lagi nak uruskan makan minum wifey masa berpantang lagi, untuk berbuka puasa, kemas rumah lagi..Fuhhhh mmg betul2 penat!! Apapun semuanya untuk anak dan bini gak kan :) Memang dah biasa pn dok uruskan sbb masa Afiqah dlu pun macam ni gak lah rutinnya..Cuma sekarang ni keje fleksibel hour jadi mudah skitlah masa tu kita bole uruskan sendiri :) Lagipun dah biasa tengok mak, adik n kakak dok uruskn anak2 dorang jadi tklah kekok sangat bila uruskan smua nya :) yang penting bile kita rasa benda tu senang, jadi mudahlah semua urusan.. 
 ssapa yang nk gue mandikan bole jugaaa :p
Tang persediaan raya kali ni semua dah diuruskan cam baju2 Afiqah smua sebelum puasa lagi kitorang dah belikan..Baju kurung plak dah tempah n guer plak raya ni hmmmm...Baju melayu mmg tk beli (jangan mara ye Puan Hamizah!) hehehe..Tahlah terus terang ckp yang guer ni mmg tk suka sgt beli baju melayu huhu dan bkn jenis yang suka matching satu fam anak beranak pakei kaler yang sama pagi raya huhu..Dari mula kawin aritu pn mmg ada je isu sal baju raya ni hehehe tapi tahun depan dah kna sound dgn wifey awal2 kna pakei sedondon hahahah..Kita tengok sajalah ye samada nk recycle ke tk baju melayu lama2 tu :p Cuma tahun ni adalah bli 2-3 helai kemeja + kasut tu jelah...


CERITA BULAN SYAWAL / EIDULFITRI

Semua ada kecuali bro in law dgn 2orang anak buah :)
ayah kat nursing bed
Syawal kali ni amat bermakna buat kami sekeluarga..Yelah dengan insiden ayah kemalangan bulan Feb haritu dan kami smua masih lagi bersama dan bersatu lagi sebagai sebuah keluarga besar walaupun keadaan ayah sebegitu..Persedian raya kat rumah pun mcm biasa gak cuma kali ni kami sekeluarga taklah beraya sakan pergi mana2 memandangkan keadaan ayah..Biasanya lepas solat raya sesi bermaaf-maafan, kami semua akan pergi rumah pakcik dan rumah maktok (mak angkat ayah) tapi kali ni kami cuma pergi rumah pakcik je (abang kepada mak) lepas arwah maktok meninggal dunia tahun lepas..Lepas dari rumah pakcik, guer dan wifey gerak terus ke rumah nenek belah mak mentua di Ulu Klang..Tahun ni pn kami semua tk balik kampung (di Batu Laut, Banting) tp tak taulah mungkin akan balik lah tu pun kejap je beraya uma pak n makcik kt sne..Jom tengok gambo yang sempat dipetik hehehe..

 sesi tazkirah oleh along
 mak & ayah
 wifey & Liyana Athirah

 sesi bermaaf-maafan & syahdu-syahduan bermula :)

Disebabkan org2 kampung memahami jadi dorang yang datang beraya kat rumah mak..Fuhh kesian tgk mak baru nak rest jap org dh dtg nak beraya hehehe..Kitorang dan along bermalam kat rumah mak 3malam sebelum balik shah alam dan along pulak beraya ke Melaka belah wifey..Dapat gaklah wifey merasa raya untuk sehari walaupun dalam pantang lagi :) Tapi kali ni lupa pulak nk amik gambo fam masing2..
besan mak datang beraya
@ rumah pakcik

Disebabkan wifey masih dalam pantang juga kitorang pn tk beraya ke mana sangat cuma adalah pegi rumah2 sedara yang dekat tu jer..Apapn, sempena hari yang mulia ni, guer nak minta maaf kalau ada salah silap atau mungkin tersalah bahasa ke apa sepanjang korang baca blog ni kn :) dan diakhiri dengan "taqabbalallahu minaa wa minka, yang maknanya, "Semoga Allah S.W.T. menerima amal kami dan amal Anda."