Thursday, August 29, 2013

MAA TAKAFUL FULLY SPONSORED TRIP! 3D 2N @ KOH SAMUI!

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH pada 23-25hb Ogos baru2 ni saya layak untuk mendapat 1 FOC tiket trip ke Koh Samui! Haa mesti korang pelik kan cmne lah bule dapat FOC tiket kn? Untuk pengetahun semua, setiap tahun MAA Takaful akan menganjurkan contest kpd semua consultant & sesiapa yang achieve sales target atau quota, jadi orang tu lah yg akan layak untuk terima reward, selain dari sales komisyen yg diterima setiap bulan ;)

Tahun ini pula MAA Takaful menganjurkan 3 contest iaitu FOC trip ke Koh Samui, Beijing & Barcelona ;) ;
Haa cmne teruja tak dengar?? Dulu masa bekerja dibawah sebuah company trip paling jauh yg pernah saya pergi ialah di Seremban ;) Bersyukur benar2 ditemukan dengan kerjaya sebegini..

Waktu tiba di KLIA

Kami semua perlu berkumpul di KLIA jam 630am kerana flight lebih kurang jam 845am..Ini kali pertama tinggalkan anak & bini untuk beberapa hari huhuhu...Lagi sedey bila tinggalkan anak masa dorang tgh tidor lg pagi tu huhu..
 Setibanya di Samui Airport...Muka alaa senyummmmm


Bergambar dgn sebahagian qualifiers ;)

Di sana kami semua menginap di AL's resort di Chaweng Beach..Belakang resort ni je dah pantai & memang dekat dgn jalan untuk membeli belah juga tpt masage huhuhu... 

Aktiviti disana lebih kpd free & easy disamping ada tourist guide yg bawa kitorang naik van panjang jalan2 pg ke tempat lain seperti waterfall serta pergi ke grandpa & grandma rock atau dikenali sebagai "Hinta Hinya" di sana! Ia seperti simbol kemaluan lelaki & perempuan ;) Kalo nk tau lebih lanjut sejarah tpt tu bole click http://www.tropicaleasy.com/files/eg/KohSamui/eg_beach_hinta_hinyai.html

Chaweng Beach


@ grandpa rock..Sebijik kan??hehehehe

Grandma rock...huhuh


Bagi sesiapa yg pernah pergi ke Bali, Koh Samui memang lebih kurang seperti disana dari segi jalan dan kedai2 yg ada ditepi2 jalan..Cm biasa gak foreigner mmg ramai & kalo dorang tkde mau senyap sunyi je..Tpt massage pun bersepah2 pilih saja mana yg mau ;) & mcm biasa mlm memang hidup lah dgn kelab2 yg ada buka sampai ke pagi..
Nightlife

Kat Namuan waterfall..Ada sediakan elephant ride.

Salah seorang leader, En Fahmi (baju belang) belanja mkn 20 bijik durian..

Hari kedua pula, pada waktu malamnya kami ada get together dinner bersama Group B yang tiba pada 24/8 & akan pulang pada 26/8..Kami dihiburkan oleh Thai cultural dance & makan seafuddd mcm biasalah bila dah ada kt sne kan huhu...




sempat amik gambo masa tgh welcome speech...

Hari ketiga, lepas breakfast kami semua lepak berjemur kat pantai sbb aktiviti haritu check out & pg airport teruss...Sampai menggelupas kulit muka huhu

kegumbiraan terpancar diwajah masing2 bila semuanya diuruskan oleh MAA Takaful dari segi tiket, penginapan & makan ;)


 
sempat pose tepi Bangkok Airways

Semua achievers puas hati dapat bercuti ;) Kerja penat lelah semua dibayar mmg berbaloiiii..Sales Komisyen dapat, melancong pun dapat..Sapa nak bagi kn? Jadi kalo ada diantara ANDA semua yg berminat untuk ceburi bidang ini, boleh ctc saya, in shaa allah saya akan tunjukkan jalannya ;) In shaa allah juga saya layak untuk next trip 4D 3N ke Beijing pada bulan 11 nnt...Weeehuuu cuti lagiiiiii....








Wednesday, July 31, 2013

SENARAI TERKINI PANEL HOSPITAL MAA TAKAFUL 96 BUAH DI SELURUH MALAYSIA!

TERKINI MENGENAI SENARAI PANEL HOSPITAL MAA TAKAFUL YANG JUMLAHNYA SEBANYAK 96 BUAH DI SELURUH MALAYSIA!