Thursday, November 8, 2012

MAA TAKAFULINK EDUCATION PLAN - Specially designed to help you plan and accumulate education funds for your children.


PENGENALAN
Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh dielakkan; oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Sebab itu Takafulink Education sememangnya direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak dana pendidikan untuk anak anda. Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan. 

Simpanan di institusi bank atau saham amanah tidak menjaminkan simpanan yang berterusan jika sesuatu musibah berlaku kepada ibu bapa seperti kematian atau hilang upaya kekal. Takafulink Education bukan hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal bagi Ahli Dilindungi. 
HADIAH KECEMERLANGAN SPM
Jika anak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM, sejumlah hadiah di dalam bentuk wang tunaikan akan dihadiahkan kepada anak:
SPM 5A          RM500
SPM 8A         RM1000
PENGECUALIAN CARUMAN
Manfaat Pencarum Mengecualikan caruman dalam keadaan di mana pencarum meninggal                                     dunia, hilang upaya keseluruhan dan kekal atau didiagnos akibat penyakit berbahaya.
Pengecualian Caruman akibat penyakit berbahaya Mengecualikan caruman pada sijil  asas apabila Ahli Dilindungi didiagnos dari mana-mana 36 penyakit berbahaya.

ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika anak dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, penyimpan akan menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan hospital.
ELAUN PEMBEDAHAN
Anak akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.
KOMITMEN JANGKA PANJANG
Pelan simpanan MAA Takafulink Education ini adalah komitmen jangka panjang. Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara konsisten untuk satu tempoh yang panjang.
SIAPAKAH YANG LAYAK?
Takafulink Education disediakan untuk kanak-kanak yang berumur 30 hari sehingga 15 tahun.

Jika masih belum punya sebarang perancangan pendidikan dan perlindungan untuk anak-anak anda, inilah masa yang sesuai dan plan yang terbaik perlu anda pilih kerana MAA Takaful telah pun memenangi selama empat tahun berturut mulai 2009-2012 untuk "Produk Takaful Paling Cemerlang" sempena Forum Kewangan Islamic Kuala Lumpur (KLIFF) !

KHAIRUL / 012-3793162 (WHATSAPP) 013-6394960 / CROSSBONES883@GMAIL.COM


No comments:

Post a Comment