Wednesday, December 12, 2012

LATEST TESTIMONY! ADIK QAISARA @ SIME DARBY MEDICAL CENTER (SDMC)

Pertengahan November aritu, one of my client, Adik Qaisara dimasukkan ke Sime Darby Medical Centre (SDMC) atau nama lama Subang Jaya Medical Centre (SJMC) disebabkan oleh viral fever..Kalau ikutkan ni adalah kali kedua Adik Qaisara ditahan di SDMC akibat sebab yang sama dengan menggunakan SmartMedic 100..Mmula dlu tk silap masa umur Adik Qaisara 3 bulan + dan masa tu POLISI MEDICAL CARD beliau baru je lepas tempoh matang 30 hari..Lega parent Adik Qaisara sbb kebetulan pulak masa tu ngam2 Medical Card dah bule guna jadi tkde masalah tuk masuk ke private hospital..Tu lah diakan dah kalau nama pun sakit bukan kita bule tau bila dia nk datang..Yang paling penting bila parent Adik Qaisara rasa bertanggungjawab untuk ambilkan beliau Medical Card itu adalah satu tindakan yang betul dan tepat! Kes2 kecemasan berlaku tanpa sesiapa pun yang bule dan dapat menduga kecuali ALLAH ;)
Adik Qaisara enjoying her sleeping beauty tanpa sebarang gangguan dari pesakit lain ;)

Haa see Adik Qaisara lena tidor hehehe..Untuk pengetahun korang, Adik Qaisara entitled tuk Single Bed Room (RATE RM230/day) tu yang buat dia lena tanpa ada gangguan dari patient lain..Kebetulan masa saya datang melawat Adik Qaisara pn, makcik n pakcik dia pn ada skali, jadi berkumpulah kat dalam bilik tu ;) Room privacy tu yang kita mahukan ;)
Uncovered amount RM132.30

Alhamdulillah lpas 4hari 3malam @ SDMC, Adik Qaisara atau Cinonet bak kata papa dia bole discharge! Yeay! Atas ni adalah bil Adik Qaisara haritu..Dari Jumlah bil RM3627.20, parent Qaisara cuma perlu bayar RM132.30 SAHAJA ;) Ok ke tk? Tiada co-takaful / co-payment 10% tau yang MAA Takaful kenakan ;) Ni pun claim untuk follow up treatment Adik Qaisara di SDMC juga tengah saya uruskan..Termasuk sekali claim untuk anak saya yang admitted di DEMC haritu )
Claim sebelum kemasukan dan juga follow-up treatment 

Untuk pengetahuan korang, segala bil 60 hari sebelum kemasukkan kehospital dan juga 31 selepas discharge bole diclaim semula :) Itu adalah antara benefit bila anda memiliki MAA Takaful SmartMedic 100 medical card :)

JADI APA TUNGGU LAGI, BAGI YANG BELUM MEMILIKI TAKAFUL INSURANCE ATAUPUN MEDICAL CARD, INILAH MASANYA..APPLY LAH SEMENTARA KITA SIHAT DAN SEMASA KITA MASIH MUDA KERANA PREMIUM YANG DIKENAKAN AMATLAH BERPATUTAN :)

KHAIRUL RAMLEE / 012-3793162 (WHATSAPP) / CROSSBONES883@GMAIL.COM 

WITH MAA TAKAFUL SMARTMEDIC 100, WE HELP U PLAN THE UNPLANNED










Thursday, November 29, 2012

OWN TESTIMONIAL - Terima kasih MAA Takaful SmartMedic 100 Medical Card!

hOLLa pEEpS!

Okeh entry kali ni nak cita sikit sal OWN TESTIMONIAL ;) Last 2 weeks, 18/11 - 21/11 anak kedua saya, Liyana Athirah kna hospitalized @ DARUL EHSAN MEDICAL CENTRE (DEMC) disebabkan oleh Oral Trush..Punca Oral thrush ni kalo ikut paedtrician dari puting susu..Jadi disebabkan oral thrush ni bacteria tadi dah sampai ke usus Athirah dan mulalah dia muntah n cirit-birit..Banyak kali gak lah sampai kitorang siap pergi DEMC pukul 4 pagi hari dia admitted tu..Fuhhh dugaan sungguh..Umur Athirah baru je masuk umur 4 bulan haritu..
Lega gak sebab awal2 lagi dah apply MAA TAKAFUL SMARTMEDIC 100 MEDICAL CARD untuk Athirah ;) jadi tk perlu nk risau kalau emergency semacam ni..Untuk pengetahuan korang, untuk kes-kes seperti CIRIT-BIRIT, DEMAM, DEMAM DENGGI, H1N1, PENYAKIT KAKI TANGAN KUKU DAN MULUT(HMFD), KEMALANGAN DAN KES-KES KECEMASAN, SELEPAS 30 HARI JOINED, SUDAH BOLE DIGUNAKAN SERTA-MERTA! 
Untuk penyakit-penyakit kritikal lain pula, penggunaanya hanya selepas tempoh matang selama 120 hari.Kesian gak Athirah kna drip masa kat dalam wad huhu..
Penggunaan Medical Card ni mudah je..Bila confirm yang pemegang polisi kena hospitalized, staff nurse akan minta kita polisi number untuk diperiksa dan tujuan mendapat Guarantee Letter (GL)..Sebaik GL tadi approve, Admission & Discharge staff akan minta kita deposit as a security deposit (JANGAN RISAU SURE AKAN REFUND LORRR) between RM0-RM300 dan jangan korang tak percaya kalau saya cakap yang saya masuk DEMC dengan ZERO DEPOSIT! wOOt WooT! KEBIASAANNYA KALAU NAK MASUK PRIVATE HOSPITAL NI DEPOSIT YANG DIKENAKAN IALAH RM2000 DAN KEATAS (BERGANTUNG KEPADA SERIUS KE TAK PENYAKIT) 
Ni lah jumlah deposit yang perlu kita sediakan bila tiada MEDICAL CARD ataupun guarantee letter
Room yang Athirah layak ialah Single Bed Room dan macam biasalah kitorang semua akan berkampung disana! Hahahaha...This is not the first time anak kitorang masuk spital jadi dah tau dah apa yang perlu dibawa mcm tikar, comforter, bantal bucuk (WAJIB!) kesana..Haa tengok aje bawah ni hehehe...
Liyana Afiqah selamat dah tidor dengan bantal bucuk guer yg kaler ijau tu hehehe 
Masa dok tunggu bilik
Haa selesa dan luaskn?? Tak seronok ke bila sakit2 dapat bilik macam ni?
Ni lah salah satu kebaikan dan kelebihan bila ada Medical Card :) Kita dapat privacy sendiri n bila orang datang melawat pn selesa dan tak ganggu patient lain..Husband n wife pn bole stay n jaga skali jadi taklah si wife sensorang je jaga..Bagi yang belum pernah ada pengalaman anak sakit kna tahan wad ni, HANYA SI IBU SAHAJA YANG DIBENARKAN MENJAGA ANAK ye arap maklum :) Jadi bila dapat single bed cmni haa duduk ler seramai mana yang korang nk hehehe...Angkut je anak semua dalam tu huhu jangan sampai buat kecoh sudahhh...

Selain dari dapat privacy, nak panggil nurse pun senang, takyah nk jerit2 ke nk tunggu lama ke staff nurse nak layan atau bile kita perlukan bantuan dorang nih..Tekan je butang nnt datang lah dorang tk kisah lah pukul berapa sebab dorang ni mmg bertugas 24 jam! Nak mintak air panas pun tekan je hehehe staff nurse akan tolong ambilkan :) Makanan pun kita boleh pilih dari menu yang dorang sediakan tp mcm biasalah lauk2 kat hospital ni smua dijaga oleh pakar pemakanan (DIETITIAN) jadi rasa dia paham2 sajelah ye :p 
Taraaaa...Alhamdulillah lpas 4 hari 3 malam berkampung @ DEMC, Athirah boleh discharge dah :) Ni lah jumlah bil sepanjang Athirah kat sana dan jumlah yang perlu kitorang bayar..Dari TOTAL BILL AMOUNT RM2591.16, KITORANG CUMA PERLU BAYAR RM64.20 SAHAJA! Yang selebihnya sapa yang uruskn?? MAA TAKAFUL SMARTMEDIC 100 lah yang akan uruskan ;) Seronok ke tak seronok kalau masuk private hospital dengan bil semacam tu korang cuma baya tu je?? Mestilah seronok kan...Tu ada lah SALAH SATU KELEBIHAN UTAMA yang ada bila kita punya MEDICAL CARD NI.. Lepas ni nak claim untuk hospital allowance pulak ;) Selain dari hospital allowance, follow up treatment pun bole juga claim ;)

Jadi kalau korang berminat untuk dapatkan MAA TAKAFUL SMARTMEDIC 100 MEDICAL CARD ni masih belum terlambat lagi..Sediakan segera sebelum apa2 sesuatu kejadian buruk terjadi..Lagi cepat kita sediakan, lagi cepat Medical Card bole membantu kita dikala kecemasan..

khairul / 012-3793162 (whatsapp) / crossbones883@gmail.com  







Friday, November 9, 2012

MAA TAKAFUL WINS AGAIN FOR FOURTH CONSECUTIVE YEARS!

"WE HELP U PLAN THE UNPLANNED" 

17 October 2012 haritu MAA Takaful sekali lagi telah memenangi Produk Runcit Islam Paling Cemerlang buat kali ke 4 tahun berturut 2009-2012! Produk yang terbaik dan cemerlang je akan menang berulang-ulang kalinya ;) Terima kasih kepada yang mempercayai dan terus menyokong produk-produk MAA Takaful dan kepada yang masih belum, inilah masanya untuk anda mendapatkan produk Takaful yang terbaik dan sesuai dengan keperluan pasaran semasa!



Khairul Ramlee / 012-3793162 (Whatsapp) / crossbones883@gmail.com 



Thursday, November 8, 2012

MAA TAKAFULINK EDUCATION PLAN - Specially designed to help you plan and accumulate education funds for your children.


PENGENALAN
Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh dielakkan; oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Sebab itu Takafulink Education sememangnya direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak dana pendidikan untuk anak anda. Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan. 

Simpanan di institusi bank atau saham amanah tidak menjaminkan simpanan yang berterusan jika sesuatu musibah berlaku kepada ibu bapa seperti kematian atau hilang upaya kekal. Takafulink Education bukan hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal bagi Ahli Dilindungi. 
HADIAH KECEMERLANGAN SPM
Jika anak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM, sejumlah hadiah di dalam bentuk wang tunaikan akan dihadiahkan kepada anak:
SPM 5A          RM500
SPM 8A         RM1000
PENGECUALIAN CARUMAN
Manfaat Pencarum Mengecualikan caruman dalam keadaan di mana pencarum meninggal                                     dunia, hilang upaya keseluruhan dan kekal atau didiagnos akibat penyakit berbahaya.
Pengecualian Caruman akibat penyakit berbahaya Mengecualikan caruman pada sijil  asas apabila Ahli Dilindungi didiagnos dari mana-mana 36 penyakit berbahaya.

ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika anak dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, penyimpan akan menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan hospital.
ELAUN PEMBEDAHAN
Anak akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.
KOMITMEN JANGKA PANJANG
Pelan simpanan MAA Takafulink Education ini adalah komitmen jangka panjang. Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara konsisten untuk satu tempoh yang panjang.
SIAPAKAH YANG LAYAK?
Takafulink Education disediakan untuk kanak-kanak yang berumur 30 hari sehingga 15 tahun.

Jika masih belum punya sebarang perancangan pendidikan dan perlindungan untuk anak-anak anda, inilah masa yang sesuai dan plan yang terbaik perlu anda pilih kerana MAA Takaful telah pun memenangi selama empat tahun berturut mulai 2009-2012 untuk "Produk Takaful Paling Cemerlang" sempena Forum Kewangan Islamic Kuala Lumpur (KLIFF) !

KHAIRUL / 012-3793162 (WHATSAPP) 013-6394960 / CROSSBONES883@GMAIL.COM


Tuesday, November 6, 2012

MAA TAKAFULINK WANITA - A Regular Contribution Investment-Linked Plan that are designed for women that offers both protection and investment benefit


PENGENALAN
MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan yang direka khusus untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal, perlindungan 46 penyakit kritikal, perlindungan penyakit-penyakit khas wanita dan juga perlindungan komplikasi kehamilan. 

MANFAAT PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN
Jika berlaku kematian terhadap peserta takaful  sejumlah wang hasil dari manfaat pampasan kematian akan dihibahkan /diwariskan kepada waris yang telah dipilih oleh pemegang polisi

MANFAAT TAMBAHAN PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN
Jika berlaku kematian akibat komplikasi hasil dari kehamilan, satu manfaat tambahan pampasan kematian akan diberikan kepada waris sebagai tambahan kepada manfaat pampasan kematian asas.

MANFAAT PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Wanita juga menyediakan tabung kecemasan jika peserta mengalami hilang upaya kekal. Wang dari tabung kecemasan ini boleh digunakan pemegang polisi untuk menampung kos sara hidup seharian apabila tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

MANFAAT PERLINDUNGAN 46 PENYAKIT KRITIKAL
Jika pemegang polisi didapati menghidap salah satu daripada 46 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada pemegang polisi bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.

PERLINDUNGAN PENYAKIT WANITA
Manfaat ini memberikan perlindungan penyakit-penyakit berikut:
  • Carcinoma-in-situ (Breast,Cervix, Uterus, Fallopian Tubes, Vulva/Vagina, Ovary)
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
  • High Grade Squamous Intraepithelial Lesion (HSIL) with Severe Dysplasia
  • Fibroid
  • Ovarian Cyst
  • Pembedahan Reconstructive Muka Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kanser
  • Pembedahan Kulit Akibat Kebakaran dan Kanser Kulit
  • Keretakan Tulang Akibat Osteoporosis
  • Rheumatoid Arthritis with complication
MANFAAT PERLINDUNGAN KEHAMILAN
MAA Takafulink Wanita memberi perlindungan kehamilan akibat dari komplikasi dan juga memberi perlindungan kepada bayi dari penyakit berkaitan konginetal. Sejumlah manfaat kewangan akan diberikan bagi tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan. Senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Penyebaran penggumpalan intravascular
  • Kehamilan ektopik
  • Kehamilan molar
  • Kematian “stillbirth”
  • Kematian “neonatal”
  • Eclampsia
Senarai penyakit konginetal bayi yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Sindrom Down
  • Spina Bifida
  • Tetralogi Fallot
  • Transposisi pembuluh utama
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Kecacatan Ventricular Septum
ELAUN KELAHIRAN BAYI
Sejumlah elaun akan diberikan bagi setiap kelahiran bayi kepada pemegang polisi dengan maksimum tiga kelahiran sepanjang tempoh polisi dan hanya untuk anak-anak yang hidup sekurang-kurangnya 30 hari

ELAUN PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA (Pembayaran balik)
Pemegang polisi boleh membuat tuntutan sebanyak RM100 setahun bagi tujuan pemeriksaan kesihatan wanita seperti ujian Darah, Pap Smear, Mammogram, Abdomen/Pelvis dan Ultrasound.

ELAUN HARIAN HOSPITAL AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN
Pemegang polisi akan diberikan elaun hospital sebanyak RM200 sehari dengan tujuh hari jumlah maksima jika berada di wad hospital akibat dari komplikasi yang timbul dari melahirkan anak.

ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika pemegang polisi dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, peserta akan menerima elaun harian bersamaan jumlah hari kemasukan hospital.

ELAUN PEMBEDAHAN
Pemegang polisi akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap peserta.

PENGECUALIAN CARUMAN
Jika penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, caruman bulanan peserta akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga pemegang polisi meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Manfaat ini hanya terpakai kepada manfaat polisi asas sahaja.

KAD PERUBATAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100

Pemegang polisi mempunyai pilihan samada ingin atau tidak menyertakan bersama kad perubatan yang akan memberikan kemudahan rawatan tanpa tunai di hospital-hospital panel MAA Takaful seluruh Malaysia.  

KHAIRAT KEMATIAN
MAA Takafulink menyediakan khairat kematian sebanyak RM7,000 yang mana sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian dan bakinya akan diserahkan kemudian bagi tujuan-tujuan lain berkaitan si mati.

MANFAAT SIMPANAN
Di samping memperoleh perlindungan melalui pelan ini, pemegang polisi juga akan menikmati manfaat simpanan yang akan dilaburkan ke dana-dana syariah terpilih bagi memaksimumkan nilai simpanan.

PENGECUALIAN CUKAI
Pemegang polisi yang menyertai pelan ini akan mendapat dua jenis pengecualian cukai iaitu cukai insurans hayat dan juga insurans perubatan. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sehingga maksimum RM6,000 tertakluk kepada LHDN.

SOALAN-SOALAN LAZIM

Berapakah umur kelayakan untuk menyertai plan ini?
Semua wanita yang berumur 16 tahun hinga 69 tahun layak untuk menyertai pelan ini.

Bilakah perlindungan saya akan bermula?
Perlindungan anda akan berkuatkuasa setelah pihak Pengendali Takaful meluluskan permohonan anda dan caruman telah dibayar. Satu Sijil Takaful akan dikeluarkan untuk permohonan yang diluluskan.




Bagaimana dengan kadar caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink Wanita dengan caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun.Anda diberi fleksibiliti untuk membayar caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau secara tahunan.


Bagaimana cara saya membayar caruman?

Anda boleh membayar dengan tunai, cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad Kredit), Mesin ATM MAA, Pembayaran dikaunter (cawangan MAA atau di Ibu Pejabat), BSN Giro,Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Sistem Potongan Gaji dan Perbankan Internet.

Apakah pilihan yang disediakan?
Pemegang polisi boleh memberhentikan caruman lazim anda melalui pemberhentian caruman dan masih menikmati Perlindungan Takafulink Wanita selagi baki di dalam PIA masih mencukupi untuk membayar Tabarru’. Sekiranya jumlah PIA menjadi sifar, perlindungan Takaful akan tamat secara automatik.

Pemegang polisi juga boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1,000 dalam PIA.Bayaran bagi pengeluaran separa sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap jumlah pengeluaran separa.

Bagaimana cara untuk membuat tuntutan di atas Sijil Takaful?
Apabila berlaku tuntutan Kematian, anda hanya perlu maklumkan Pengendali Takaful secara bertulis tentang hal tuntutan yang ingin dikemukakan dan kami akan menghantar borang tuntutan yang perlu kepada anda. Makluman bertulis mesti dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh tuntutan.


Sekiranya anda ingin mengetahui lanjut mengenai Takafulink Wanita sila PM saya

Khairul Ramlee / 012-3793162 / crossbones883@gmail.com / whatsapp 012-3793162



























Monday, November 5, 2012

Wiken activity ;)


Elopp..Monday blues kaa?? Hehehee..Chill beb..Biasalah tu bila dah cuti sabtu n ahad nk mulakan hari Isnin memang lah teramat malas sekali..Pada yang masih bnyk lagi cuti tu seronoklah bole amik cuti sesuka hati dan pada yang takda tu kerjalah ye ;) Nak masuk ujung2 tahun ni banyak cuti kan?? Dengan Deepavali, Xmass, Awal Muharram lagi kan haa dan lagi bes cuti sekolah!! Apa lagi start marking ur calendar and go for holiday!!

Apa program korang wiken lepas?? Hmmmm kitorang Sabtu tu memamg dok rumah je sbb Jumaat malam tu suddenly Afiqah muntah2 sampai esoknya..Malam sampai pagi tu memang terpaksa berjaga jelah sebab bila dia batuk je mesti muntah punya..Tak pastilah pulak sal apa mungkin angin kot..Dekat 8x kali gak dia muntah kitorang pun tk bawak dia pergi klinik sbb ada ubat tahan muntah n kekerapan dia muntah tu jarang sangat..Alhamdulillah mlm tu ok dah dia lpas skali bagi ubat muntah..

Sbtu tu gak ada undangan ke Majlis Aqiqah..Jadi dsebabkan Afiqah pun tk sihat, pergi dengan kawan je masing2 tak bawak bini! Hehehehe...At first kitorang plan nak buat Aqiqah for Athirah 20hb haritu tapi disebabkan adik beradiks tak berapa sihat sangat 2-3 minggu ni tak pastilah disebabkan faktor perubahan cuaca ke apa jadi kitorang decided untuk postpone insyaallah ke bulan Januari..Korang nak tau ke sebab apa Januari tu?? Ehemmm..Buffday gue beb!! 


Malam tu pulak supplier datang hantar barang tuk our mini Lil One's Closet ;) Bean Bag Chair! Semuanya  cartoon characters mcm Princess, Spongebob, Spiderman n Cars n for Afiqah pulak kali ni dia pilih Spongebeb SquarePants walopn hakikatnya dia lagi suka Princess! Haa kiut tak?? PERHATIAN! Hanya sesuai tuk budak SHJ hehehehe..N kalo korang nk order atau tengok barang2 lain lagi bolehlah tengok kat page kitorang @ FB https://www.facebook.com/pages/Lil-ones-closet/215657908453696?ref=hl


Ahad tu pulak kitorang kua jap p MidValley Gardens sebab jumpa client yang ada masalah dengan set PB so nak hantar for service + beli barang jap..Kalo korang nak tau Premium Beautiful (PB) ni memang ada LIFETIME Warranty! Jadi kalau bbila ada masalah bole hantar for service! n yang paling menariks sekali client yang kitorang jumpa ni bukannya perempuan tau tapi LELAKI! Haa sapa kata PB ni hanya untuk WANITA shj?? Lelaki pun bole pakai tau..Tapi Waist Nipper shj lah..
Jom baca testimonial dari Aizat from Penang ni mengenai PB http://khairulramlee.blogspot.com/2011/08/testimonial-dari-seorang-lelaki.html Kalau ikutkan memang taknak kua pun yelah tengok Afiqah pun lemau je cakap pn tak banyak tapi terpaksa kua gaklah demi uruskan hal client..Hmmm tu pun hampeh gaklah nak carik parking sbb ada PC Expo kot kt MV Convention Centre n dekat 1 jam gak lah baru dapat...Perghhh memang betul2 terbaiklah! Selalu 10-20 min je dh dapat parking..Apa pun hakikatnya memang ramai nak ke MV tu yg penuh lagipun kitorang pergi awal dalam kul 12pm huhuhu memanglah ramaikan...

Okehlah readers! Ni jer tuk kali ni n see u again!




Thursday, November 1, 2012

MALAYSIAN MOTO GP @ SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT 19-21 OCT 2012

Holla peeps!! 19-21 Oct aritu baru lepas MotoGP @ SIC..Kepada yang pergi haritu memang puas hati lagi2 bila tengok #63 rider, Zulfahmi Khairuddin dari Moto3 dan wildcard rider, #86 Hafiz Syahrin dari Moto2 masing2 cipta nama kat trek sendiri! Bangga wooo lagi2 local riders kan! 

Tahniah buat Zulfahmi Khairuddin yang dapat POLE POSITION masa Qualifying Practice, Sabtu 20hb and took his FIRST EVER GP PODIUM masa Race Day!! Dahlah baru sambut hari lahir yang ke 21 tahun masa Sabtu 20hb tu memang hadiah yang paling bermakna untuk beliau! Bangga gue jadik anak jawa! hahahah..Bagi sapa yang belum tau yang ZK ni anak kelahiran Banting, Selangor ;) ZK gak orang Malaysia pertama yang naik podium MotoGp!!

#86 Wildcard, Hafiz Syahrin pula memang cipta sejarah! Mula dari petak 27 dan siap leading beberapa laps dari taiko2 Moto2! Kami semua memang respek sama ko lah bro! Tapi disebabkan masalah tire n hujan lebat, red flag pun berkibaran hehehe..Masa tu sayang sbb Hafiz kat no 4 kalau tak memang naik podium punya! Ni pun Mapfre Aspar Team Moto2 ada offer Hafiz tuk jadik rider dorang tp belum final lg..

MotoGP pn habeh awal gak sebab ujan lebat..Tahun ni mmg takde apa2 incident yang serius mcm tahun lepas yang kita tau Marco Simonceli #58 dari Team San Carlo Honda Gresini maut masa kat turn 11..Genap setahun dah..

Okeh Jom tengok gambo..
Free practice - Friday, 19th Oct



KTM AirAsia SIC AJO Racing Team & Red Bull KTM AJO (Untuk pengetahuan korang 2013 nnt ZK and join Team Red Bull ganti Sandro Cortese yang akan race dalam Moto 2! Congratz ZK! 
Moto3 Alex Rins #42 


 Moto2 Nicolas Terol #18
 Alvaro Bautista #19
Dani Pedrosa #26 
 Bye bye Duc..Hello Yamaha ;)
 Hafiz Syahrin punya jentera! 
 Ben Spies #11


 #35 Cal Crutchlow
2012, MotoGP World Championship! Jorge Lorenzo!

Qualifying Practice, 20th Oct




 Pole Position!!

Moto3 punya rekod kad SIC..Smua ZK tapauuuu ;)

  







Race Day, 21st Oct


 #86 Hafiz Syahrin


 Hafiz lead the 1st group!

















Gmbo Moto3 untuk race day mmg tkde sebab gue gerak dari rumah pun lepas Moto3 setel ;) Okeh next year kita support Yamaha Factory Racing ekk sebab Rossi akan replace tpt Spies ;)