Tuesday, November 6, 2012

MAA TAKAFULINK WANITA - A Regular Contribution Investment-Linked Plan that are designed for women that offers both protection and investment benefit


PENGENALAN
MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan yang direka khusus untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal, perlindungan 46 penyakit kritikal, perlindungan penyakit-penyakit khas wanita dan juga perlindungan komplikasi kehamilan. 

MANFAAT PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN
Jika berlaku kematian terhadap peserta takaful  sejumlah wang hasil dari manfaat pampasan kematian akan dihibahkan /diwariskan kepada waris yang telah dipilih oleh pemegang polisi

MANFAAT TAMBAHAN PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN
Jika berlaku kematian akibat komplikasi hasil dari kehamilan, satu manfaat tambahan pampasan kematian akan diberikan kepada waris sebagai tambahan kepada manfaat pampasan kematian asas.

MANFAAT PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL
MAA Takafulink Wanita juga menyediakan tabung kecemasan jika peserta mengalami hilang upaya kekal. Wang dari tabung kecemasan ini boleh digunakan pemegang polisi untuk menampung kos sara hidup seharian apabila tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

MANFAAT PERLINDUNGAN 46 PENYAKIT KRITIKAL
Jika pemegang polisi didapati menghidap salah satu daripada 46 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada pemegang polisi bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.

PERLINDUNGAN PENYAKIT WANITA
Manfaat ini memberikan perlindungan penyakit-penyakit berikut:
  • Carcinoma-in-situ (Breast,Cervix, Uterus, Fallopian Tubes, Vulva/Vagina, Ovary)
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
  • High Grade Squamous Intraepithelial Lesion (HSIL) with Severe Dysplasia
  • Fibroid
  • Ovarian Cyst
  • Pembedahan Reconstructive Muka Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kanser
  • Pembedahan Kulit Akibat Kebakaran dan Kanser Kulit
  • Keretakan Tulang Akibat Osteoporosis
  • Rheumatoid Arthritis with complication
MANFAAT PERLINDUNGAN KEHAMILAN
MAA Takafulink Wanita memberi perlindungan kehamilan akibat dari komplikasi dan juga memberi perlindungan kepada bayi dari penyakit berkaitan konginetal. Sejumlah manfaat kewangan akan diberikan bagi tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan. Senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Penyebaran penggumpalan intravascular
  • Kehamilan ektopik
  • Kehamilan molar
  • Kematian “stillbirth”
  • Kematian “neonatal”
  • Eclampsia
Senarai penyakit konginetal bayi yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Sindrom Down
  • Spina Bifida
  • Tetralogi Fallot
  • Transposisi pembuluh utama
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Kecacatan Ventricular Septum
ELAUN KELAHIRAN BAYI
Sejumlah elaun akan diberikan bagi setiap kelahiran bayi kepada pemegang polisi dengan maksimum tiga kelahiran sepanjang tempoh polisi dan hanya untuk anak-anak yang hidup sekurang-kurangnya 30 hari

ELAUN PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA (Pembayaran balik)
Pemegang polisi boleh membuat tuntutan sebanyak RM100 setahun bagi tujuan pemeriksaan kesihatan wanita seperti ujian Darah, Pap Smear, Mammogram, Abdomen/Pelvis dan Ultrasound.

ELAUN HARIAN HOSPITAL AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN
Pemegang polisi akan diberikan elaun hospital sebanyak RM200 sehari dengan tujuh hari jumlah maksima jika berada di wad hospital akibat dari komplikasi yang timbul dari melahirkan anak.

ELAUN HARIAN HOSPITAL
Jika pemegang polisi dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, peserta akan menerima elaun harian bersamaan jumlah hari kemasukan hospital.

ELAUN PEMBEDAHAN
Pemegang polisi akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap peserta.

PENGECUALIAN CARUMAN
Jika penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal, caruman bulanan peserta akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga pemegang polisi meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Manfaat ini hanya terpakai kepada manfaat polisi asas sahaja.

KAD PERUBATAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100

Pemegang polisi mempunyai pilihan samada ingin atau tidak menyertakan bersama kad perubatan yang akan memberikan kemudahan rawatan tanpa tunai di hospital-hospital panel MAA Takaful seluruh Malaysia.  

KHAIRAT KEMATIAN
MAA Takafulink menyediakan khairat kematian sebanyak RM7,000 yang mana sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian dan bakinya akan diserahkan kemudian bagi tujuan-tujuan lain berkaitan si mati.

MANFAAT SIMPANAN
Di samping memperoleh perlindungan melalui pelan ini, pemegang polisi juga akan menikmati manfaat simpanan yang akan dilaburkan ke dana-dana syariah terpilih bagi memaksimumkan nilai simpanan.

PENGECUALIAN CUKAI
Pemegang polisi yang menyertai pelan ini akan mendapat dua jenis pengecualian cukai iaitu cukai insurans hayat dan juga insurans perubatan. Pelepasan cukai bagi setiap individu adalah sehingga maksimum RM6,000 tertakluk kepada LHDN.

SOALAN-SOALAN LAZIM

Berapakah umur kelayakan untuk menyertai plan ini?
Semua wanita yang berumur 16 tahun hinga 69 tahun layak untuk menyertai pelan ini.

Bilakah perlindungan saya akan bermula?
Perlindungan anda akan berkuatkuasa setelah pihak Pengendali Takaful meluluskan permohonan anda dan caruman telah dibayar. Satu Sijil Takaful akan dikeluarkan untuk permohonan yang diluluskan.




Bagaimana dengan kadar caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink Wanita dengan caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun.Anda diberi fleksibiliti untuk membayar caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau secara tahunan.


Bagaimana cara saya membayar caruman?

Anda boleh membayar dengan tunai, cek, Kad Kredit, Easy Pay (Auto Debit daripada Kad Kredit), Mesin ATM MAA, Pembayaran dikaunter (cawangan MAA atau di Ibu Pejabat), BSN Giro,Biro Angkasa, Perintah Arahan Tetap dari Bank, Sistem Potongan Gaji dan Perbankan Internet.

Apakah pilihan yang disediakan?
Pemegang polisi boleh memberhentikan caruman lazim anda melalui pemberhentian caruman dan masih menikmati Perlindungan Takafulink Wanita selagi baki di dalam PIA masih mencukupi untuk membayar Tabarru’. Sekiranya jumlah PIA menjadi sifar, perlindungan Takaful akan tamat secara automatik.

Pemegang polisi juga boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1,000 dalam PIA.Bayaran bagi pengeluaran separa sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap jumlah pengeluaran separa.

Bagaimana cara untuk membuat tuntutan di atas Sijil Takaful?
Apabila berlaku tuntutan Kematian, anda hanya perlu maklumkan Pengendali Takaful secara bertulis tentang hal tuntutan yang ingin dikemukakan dan kami akan menghantar borang tuntutan yang perlu kepada anda. Makluman bertulis mesti dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh tuntutan.


Sekiranya anda ingin mengetahui lanjut mengenai Takafulink Wanita sila PM saya

Khairul Ramlee / 012-3793162 / crossbones883@gmail.com / whatsapp 012-3793162



























No comments:

Post a Comment