"PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada
umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan
berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah
datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)"
saya pasti n tau ramai antara kita yang akui akan kebenaran hadis diatas tetapi berapa ramai antara kita pula yang cuba atau ingin mengubah nasib lebih2 lagi dari profesion pekerjaan yg ada sekarang bertukar menjadi seorang ahli perniagaan/usahawan?? Saya dan isteri pn bukan seorang yang lama dalam bidang ni tetapi kami dalam usaha untuk menuju kearah tersebut..bak kata orang biar lambat asalkan selamat..
Jadi kali ni nk blogging skit sal apa yang dikatakan "perniagaan", kenapa kita perlu berniaga tk kira secara part time atau pun full time dan juga kenapa bidang perniagaan ini hanya untuk sesetengah orang yang layak shj ataupun untuk kaum cina shj?
Jadi kali ni nk blogging skit sal apa yang dikatakan "perniagaan", kenapa kita perlu berniaga tk kira secara part time atau pun full time dan juga kenapa bidang perniagaan ini hanya untuk sesetengah orang yang layak shj ataupun untuk kaum cina shj?
sya nak tanya satu soalan kepada kita2 yang pernah bekerja makan gaji / masih berkerja makan gaji..cukupkah gaji yang kita dapat slama ni stiap bulan?? Atau cukup2 shj gaji kita tu untuk kaver sgala expenses, utang piutang, entertainment dan juga yg lain2??bagaimana pula bagi mereka yang dh berkahwin yang pakai kereta 2 biji, anak 3-4orang nk baya pembiayaan rumah dengan utang credit card tu blm cita lg PTPTN dan perihal insurans anak hehehe..Ramai antara kita kalo bole mengimpikan financial freedom dlm idup mereka..tapi sejauh manakah kita nk berubah dalam menuju ke arah financial freedom tu?
jadi jawapan kepada segala persoalan diatas tadi ialah dengan berniaga..berniaga ni tidak semestinya kita ni perlu buka kedai atau pn restoran besar, kna ada syarikat, perlukan kita untuk mengaji dan cari budak2 marketing, operation, logistik etc..ada banyak cara kita pada hari ni dlm usaha untuk memulakan perniagaan..contoh paling senang sekarang ni kuasa yg ada pada Facebook, Twitter, Webpage, Blogging (yg korang dok baca sekarang ni hehehe) dh ramai yang berjaya memulakan perniagaan hanya dengan menggunakan sumber2 tadi..jadi kt situ kitalah yg sendiri akan handle marketing,operation,logistik kitalah kuli dan kitalah bossy hehehe..
mcm kitorang mmg mcm2 bende kitorang buat contoh mcm jual kerepek, macaron, baju baby, buat insurans, jadi agent Premium Beautiful dan juga ada gak jual susu Anmum :) n kalo korang nk tau untung hasil dari berniaga kerepek ktorang bole kaver sgala expenses flight ticket+hotel ke Bali, Indonesia masa honeymoon dlu year 2009 :) percaya tk??hehehe..mmg nampak cm rakus kn smua mende nk buat hehehe..tp tulah hakikatnya kita kna senantiasa mencuba dan terus mencuba untuk menjadi seorang ahli perniagaan walopn untung yg kita dapat tanya hanyalah 10sen..kerana dari 10sen itulah ia bole berkembang dan terus berkembang dan itulah juga kata2 yg kami pegang smp sekarang ni..
Ada gak kwn2 yang nak mencuba cm apa yg ktorang buat sekarang ni tp masing2 cm belum mula apa2 lagi dh menidakkan dan kondem diri sendri..keyakinan tu tkde dengan alasan "aku tk reti nk bercakap dgn orang" atau "ko lain beb aku lain" atau "aku takde masa lah nk jmp orang2 ni" tapi bila ditanya korang nk jadi kaya tk? semua orang angguk tapi sya geleng kepala..kenapa?kerana nk kaya tapi tkde usaha kearah itu..kita smua sama je bermula dari bawah, proses pembelajaran itu takkan abeh slagi kita idup..nk kata tk reti bercakap?awek tgk kadang2 ada yg keliling pinggang, kwn2 kt FB dkat 4ribu orang dan tgk ada je masa slalu lepak kedai minum...bagi saya bukan kekayaan yg kita cari tetapi cukup sekadar kita senang dan mampu beli apa yg kita impikan bila2 masa dari nk kua ayat "tkpelah bila gaji nanti kita beli ye"
sampai bile kita nk bergantung shj kepada gaji bulanan yg kita dapat? contoh gaji rm2k, bulan dpn dan bulan seterusnya pn rm2k gak kecuali kalo ada increment tu pn kalo bnyk kalo sikit atau tkde lansung??haa tunggu plak bonus kalo tkde bonus lnsung??haa rm2k jelah yg kita akan dpt..jadi dgn rm2k bila tolak itu ini mmg yg tinggal tulah yg nk dsampaikan kepada gaji bulan dpn yang rm2k tadi..jadi tulah antara sebab2 utama yang kita perlu untuk berniaga tk kira dengan cara part time ataupun fulltime dan bile kita dh memulakan perniagaan, pendapatan kita tadi akan dan bole bertambah bergantung kepada effort masing2..
zaman sekarang bukan lagi zaman lepak kt kopitiam atau mapley borak2 kosong abeh duit tp hasil tarak..bia kita lepak tp ada isi..apa isi tu?cita sal perniagaan, masa depan, jmp orang2 yg dh berjaya kongsi amik tips dan minta pendapat atau cara cmne nk jadi berjaya mcm dorang..tp kita tidak, melepak berjam2 minum teh tarik mkn nasi lemak, duit habeh apa2 lubang berniaga tk dpt apa yg dpt hanya penyakit jek kekeke...bkn niat nk kutuk tapi tulah hakikatnya..lebey elok sembang kencang dari sembang kosong :)
dh tiba masanya juga untuk kita merubah persepsi orang lain terhadap kita...bila sebut sahaja tang perniagaan orang akan pandang orang cina..bkn niat nk bersifat perkauman tp niat sya cuma nak kita ni buka minda skit terhadap apa silap generasi kita yg lepas..memang tidak dinafikan yang mereka ini pandai berniaga..
inilah dia silapnya dimana ada sesetengah mak bapak bile anak dorang nk abeh SPM jek mulah kua ayat "ko masuk Universiti lpas tu cari keje yg bagus" tu kalo dpt keje yg bagus kalo tk dpt?haa kua plak ayat "ko carilah keje kt pejabat atau kilang mana2 asalkan ada keje" jarang betul ada ibu bapa yg menyuruh, mengajar kita apa itu erti perniagaan dan menggalakkan kita untuk memulakan perniagaan walopn kecil kecuali kepada ahli keluarga yg lahir dari generasi org berniaga..sbb smua ni dtgnye dari generasi2 yg terdahulu..jadi itulah silap yg saya npk kt generasi kita sekarang ni mmg selesa akan keadaan yg ada..jarang sekali nk tgk anak2 melayu ni berniaga..padahal itulah dia 9/10 dari sumber dan punca kekayaan datangya dari hasil perniagaan..
inilah dia silapnya dimana ada sesetengah mak bapak bile anak dorang nk abeh SPM jek mulah kua ayat "ko masuk Universiti lpas tu cari keje yg bagus" tu kalo dpt keje yg bagus kalo tk dpt?haa kua plak ayat "ko carilah keje kt pejabat atau kilang mana2 asalkan ada keje" jarang betul ada ibu bapa yg menyuruh, mengajar kita apa itu erti perniagaan dan menggalakkan kita untuk memulakan perniagaan walopn kecil kecuali kepada ahli keluarga yg lahir dari generasi org berniaga..sbb smua ni dtgnye dari generasi2 yg terdahulu..jadi itulah silap yg saya npk kt generasi kita sekarang ni mmg selesa akan keadaan yg ada..jarang sekali nk tgk anak2 melayu ni berniaga..padahal itulah dia 9/10 dari sumber dan punca kekayaan datangya dari hasil perniagaan..
kenapa orang cina suka berniaga??kerana mereka tau sumber pendapatan dari perniagaan ini mmg begitu besar dan tinggi.
tengok sajalah kalo hari raya cina betapa susahnya kalo kereta atau motor rosak dan banyak lagi sebab apa??sebab segala jenis dan bentuk perniagaan tadi diusahakan oleh kaum cina..mana dia kaum melayu?kaum melayu hanya sekadar selesa jadi pengguna..tgk senarai orang2 kaya kt malaysia smuanya orang cina sje orang melayu diranking yg keberapa dan berapa ramai??kiralah kt bawah sndri...heheh kebanyakan dari mereka2 ni smuanya berniaga..kita sedar yang berniaga ini antara sunah nabi muhammad tp kenapa kita, sebagai orang islam sndri jarang berniaga??renung2kan...
kesedaran itu perlu ada dlm diri kita masing..tk semestinya bile kita dh ada pekerjaan dan pendapatan tetap
setiap bulan kita akan berasa selesa smp ke hari tua..smua orang impikan melancong sne sni, rumah besar, kereta besar, motor besar, tp bini jgnlah besar atau kecik sgt plak ye hehehe..jgn halang minat atau cita2 tu sekadar dgn selesa apa yg ada sekarang ni..ubah dan bukalah minda untuk berniaga..kerana hanya kita shj yg bole mengubah persepsi org terhadap generasi yg baru ni dan seterusnya merubah nasib bakal anak2 dan generasi kita seterusnya..