Bak kata pepatah, perkara yang pasti dalam kehidupan adalah perubahan. Sungguhpun sesetengah perkara adalah di luar kawalan, terdapat perkara yang boleh kita rancang. Hanya sekadar merancang tidak memadai, kita harus membuat perancangan terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran pada tahap kehidupan yang berbeza.
Begitu juga dengan mereka yang bekerja..Setiap yang bekerja pasti memerlukan satu skim ataupun plan untuk melindungi pendapatan mereka seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dengan plan perlindungan pendapatan ini lah yang akan melindungi dan memberi manfaat kepada pemegang polisi dan juga kepada sipewaris.
MAA Takafulink merupakan produk takaful berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian, hilang upaya kekal dan manfaat-manfaat tambahan lain disamping peserta berpeluang membuat pelaburan kewangan menerusi plan ini didalam dana-dana syariah MAA Takaful. Ianya unik kerana menawarkan perlindungan serta kaedah menabung secara tetap yang berdisiplin.
Plan ini menghasilkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan deposit yang disimpan dalam akaun simpanan. Sebahagian daripada caruman dikumpul dan diurus oleh para profesional yang bermatlamat menawarkan keuntungan pelaburan yang menarik. CIMB-Principal Asset Management Bhd adalah syarikat yang menguruskan dana-dana 'investment-linked' bagi pihak MAA Takaful Bhd.
MAA Takafulink telah pun tiga tahun berturut-turut memenangi anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009, 2010 dan 2011 sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur. Kemenangan adalah berdasarkan keunikan produk dan nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang digunakan.
Mengapa Pelan Takafulink?
Pelan Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, ia dapat menjamin masa depan yang dimpikan serta perlindungan kewangan yang diperlukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
Siapakah Yang Layak?
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18tahun.
Apakah manfaat perlindungan TakafulinkSekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami oleh pemegang polisi sebelum usia 65 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.
Adakah Caruman Yang Dibayar Diberi Pelepasan Cukai?
Caruman yang dibayar diberi Pelepasan Cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000.00, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Apakah Pilihan Yang Disediakan?
Pemegang polisi boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalan dana akaun. Selain itu juga boleh menambah pelaburan pada bila-bila masa.
Apakah Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Disertakan?
Terdapat rangkaian meluas bagi manfaat lanjutan untuk disertakan bersama Takafulink. Contoh seperti SmartMedic 100 (medical card). Jadi terpulang kepada pemegang polisi untuk membuat keputusan :)
Bagaimana Dengan Penilaian Harga Unit
Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan perlaburan syariah MAA Takaful.
Bagaimana dengan cara pembayaran
Pembayaran caruman boleh dibuat samada secara bulanan, suku tahunan, setiap setengah tahun atau tahunan. Pembayaran boleh dibuat samada secara tunai di mesin ATM MAA, ataupun pemotongan daripada Biro Angkasa bagi pekerja-pekerja kerajaan, ataupun melalui auto debit daripada akaun peserta, dan juga melalui caj ke dalam kad kredit.
Bagi yang menginginkan plan perlindungan di samping membuat simpanan dan pelaburan, ini adalah plan yang tepat untuk anda.Ingin tahu lebih lanjut mengenai Takafulink??Jom contact;
KHAIRUL / 012-3793162, 013-6394960 / crossbones883@gmail.com