Wednesday, August 29, 2012

Cerita Di bulan Ramadhan & Syawal 1433H

CERITA BULAN RAMADHAN

Liyana Athirah - fresh dari wifey's oven kekekeke..pict taken right after kua dari operation theater

3 Ramadhan tepat jam 1.04 tengahari, lahirnya anak kedua kami Liyana Athirah :) @ KPJ, Shah Alam walaupun ada skit complication masa nak bersalin dan terpaksa csect last minit tapi alhamdulillah all goes well! Panic attack gak masa kt labour room tu ttb gynae, Dr Siti Esah ckp kena csect, sign doc n bawa terus ke operation theater..huhu berpeluh gak lah masa tu..Dr. Siti mmula suspect mungkin tali pusat terbelit or mungkin terhimpit ke apa tapi bile keluar tkde apa2 masalah dan Athirah pun dok melalak hehehe..1st time experienced huhu sbb Afiqah sebelum ni normal..Punca proceed tuk csect lepas wifey mula nak meneran dan "pintu dah buka 6CM" suddenly Athirah punya heartbeat drop..Tu yang staff nurse kelam kabut intercom Dr Siti..

Dari mula 1 Ramadhan tu kitorang dok bertapa kat KPJ sebab wifey mula rasa ada contraction dan smpailer hari ke lima Ramadhan baru discharged..Lega gak Athirah tk kena Jaundice macam Afiqah dlu kalo tak haihhh bertapa lagi ler kt KPJ tu..Memang menguji fizikal dan mental betul nak uruskn anak bini masa bulan puasa ni..Mana taknya nk uruskan anak bini lagi nak uruskan makan minum wifey masa berpantang lagi, untuk berbuka puasa, kemas rumah lagi..Fuhhhh mmg betul2 penat!! Apapun semuanya untuk anak dan bini gak kan :) Memang dah biasa pn dok uruskan sbb masa Afiqah dlu pun macam ni gak lah rutinnya..Cuma sekarang ni keje fleksibel hour jadi mudah skitlah masa tu kita bole uruskan sendiri :) Lagipun dah biasa tengok mak, adik n kakak dok uruskn anak2 dorang jadi tklah kekok sangat bila uruskan smua nya :) yang penting bile kita rasa benda tu senang, jadi mudahlah semua urusan.. 
 ssapa yang nk gue mandikan bole jugaaa :p
Tang persediaan raya kali ni semua dah diuruskan cam baju2 Afiqah smua sebelum puasa lagi kitorang dah belikan..Baju kurung plak dah tempah n guer plak raya ni hmmmm...Baju melayu mmg tk beli (jangan mara ye Puan Hamizah!) hehehe..Tahlah terus terang ckp yang guer ni mmg tk suka sgt beli baju melayu huhu dan bkn jenis yang suka matching satu fam anak beranak pakei kaler yang sama pagi raya huhu..Dari mula kawin aritu pn mmg ada je isu sal baju raya ni hehehe tapi tahun depan dah kna sound dgn wifey awal2 kna pakei sedondon hahahah..Kita tengok sajalah ye samada nk recycle ke tk baju melayu lama2 tu :p Cuma tahun ni adalah bli 2-3 helai kemeja + kasut tu jelah...


CERITA BULAN SYAWAL / EIDULFITRI

Semua ada kecuali bro in law dgn 2orang anak buah :)
ayah kat nursing bed
Syawal kali ni amat bermakna buat kami sekeluarga..Yelah dengan insiden ayah kemalangan bulan Feb haritu dan kami smua masih lagi bersama dan bersatu lagi sebagai sebuah keluarga besar walaupun keadaan ayah sebegitu..Persedian raya kat rumah pun mcm biasa gak cuma kali ni kami sekeluarga taklah beraya sakan pergi mana2 memandangkan keadaan ayah..Biasanya lepas solat raya sesi bermaaf-maafan, kami semua akan pergi rumah pakcik dan rumah maktok (mak angkat ayah) tapi kali ni kami cuma pergi rumah pakcik je (abang kepada mak) lepas arwah maktok meninggal dunia tahun lepas..Lepas dari rumah pakcik, guer dan wifey gerak terus ke rumah nenek belah mak mentua di Ulu Klang..Tahun ni pn kami semua tk balik kampung (di Batu Laut, Banting) tp tak taulah mungkin akan balik lah tu pun kejap je beraya uma pak n makcik kt sne..Jom tengok gambo yang sempat dipetik hehehe..

 sesi tazkirah oleh along
 mak & ayah
 wifey & Liyana Athirah

 sesi bermaaf-maafan & syahdu-syahduan bermula :)

Disebabkan org2 kampung memahami jadi dorang yang datang beraya kat rumah mak..Fuhh kesian tgk mak baru nak rest jap org dh dtg nak beraya hehehe..Kitorang dan along bermalam kat rumah mak 3malam sebelum balik shah alam dan along pulak beraya ke Melaka belah wifey..Dapat gaklah wifey merasa raya untuk sehari walaupun dalam pantang lagi :) Tapi kali ni lupa pulak nk amik gambo fam masing2..
besan mak datang beraya
@ rumah pakcik

Disebabkan wifey masih dalam pantang juga kitorang pn tk beraya ke mana sangat cuma adalah pegi rumah2 sedara yang dekat tu jer..Apapn, sempena hari yang mulia ni, guer nak minta maaf kalau ada salah silap atau mungkin tersalah bahasa ke apa sepanjang korang baca blog ni kn :) dan diakhiri dengan "taqabbalallahu minaa wa minka, yang maknanya, "Semoga Allah S.W.T. menerima amal kami dan amal Anda."

Thursday, July 12, 2012

MAA Takafulink (A PLAN THAT WILL PROTECT U AND YOUR INCOME IF UNEXPECTED THING HAPPEN)

Bak kata pepatah, perkara yang pasti dalam kehidupan adalah perubahan. Sungguhpun sesetengah perkara adalah di luar kawalan, terdapat perkara yang boleh kita rancang. Hanya sekadar merancang tidak memadai, kita harus membuat perancangan terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran pada tahap kehidupan yang berbeza.   

Begitu juga dengan mereka yang bekerja..Setiap yang bekerja pasti memerlukan satu skim ataupun plan untuk melindungi pendapatan mereka seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dengan plan perlindungan pendapatan ini lah yang akan melindungi dan memberi manfaat kepada pemegang polisi dan juga kepada sipewaris. 

MAA Takafulink merupakan produk takaful berasaskan pelaburan yang menawarkan manfaat asas kematian, hilang upaya kekal dan manfaat-manfaat tambahan lain disamping peserta berpeluang membuat pelaburan kewangan menerusi plan ini didalam dana-dana syariah MAA Takaful. Ianya unik kerana menawarkan perlindungan serta kaedah menabung secara tetap yang berdisiplin. 

Plan ini menghasilkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan deposit yang disimpan dalam akaun simpanan. Sebahagian daripada caruman dikumpul dan diurus oleh para profesional yang bermatlamat menawarkan keuntungan pelaburan yang menarikCIMB-Principal Asset Management Bhd adalah syarikat yang menguruskan dana-dana 'investment-linked' bagi pihak MAA Takaful Bhd. 
MAA Takafulink telah pun tiga tahun berturut-turut memenangi anugerah Produk Takaful Paling Cemerlang 2009, 2010 dan 2011 sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur. Kemenangan adalah berdasarkan keunikan produk dan nilai pulangan keuntungan dari dana-dana syariah yang digunakan.

Mengapa Pelan Takafulink?
Pelan Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga Berkaitan Pelaburan yang dirangka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang lebih tinggiDengan hanya RM50 sebulan, ia dapat menjamin masa depan yang dimpikan serta perlindungan kewangan yang diperlukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Siapakah Yang Layak?
Takafulink disediakan untuk SEMUA yang berusia antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18tahun.


Apakah manfaat perlindungan TakafulinkSekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami oleh pemegang polisi sebelum usia 65 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar. 

Adakah Caruman Yang Dibayar Diberi Pelepasan Cukai?
Caruman yang dibayar diberi Pelepasan Cukai bagi setiap individu adalah sebanyak jumlah maksimum RM6,000.00, tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)



Apakah Pilihan Yang Disediakan?
Pemegang polisi boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalan dana akaun. Selain itu juga boleh menambah pelaburan pada bila-bila masa.


Apakah Manfaat/Rider Lanjutan Yang Boleh Disertakan?
Terdapat rangkaian meluas bagi manfaat lanjutan untuk disertakan bersama Takafulink. Contoh seperti SmartMedic 100 (medical card). Jadi terpulang kepada pemegang polisi untuk membuat keputusan :)

Bagaimana Dengan Penilaian Harga Unit

Harga unit dinilai pada akhir setiap hari perniagaan. Ianya diperolehi dengan membahagikan Nilai Aset Bersih pada hari perniagaan sebelum Tarikh Penilaian dengan bilangan unit yang dikeluarkan bagi dana berkaitan perlaburan syariah MAA Takaful.


Bagaimana dengan cara pembayaran

Pembayaran caruman boleh dibuat samada secara bulanan, suku tahunan, setiap setengah tahun atau tahunan. Pembayaran boleh dibuat samada secara tunai di mesin ATM MAA, ataupun pemotongan daripada Biro Angkasa bagi pekerja-pekerja kerajaan, ataupun melalui auto debit daripada akaun peserta, dan juga melalui caj ke dalam kad kredit.



Bagi yang menginginkan plan perlindungan di samping membuat simpanan dan pelaburan, ini adalah plan yang tepat untuk anda.Ingin tahu lebih lanjut mengenai Takafulink??Jom contact;

KHAIRUL / 012-3793162, 013-6394960 / crossbones883@gmail.com