Wednesday, September 26, 2012

Buat apa nak ambil perlindungan Takaful? Semuakan majikan yg akan tanggung!


Hmmmm..Tengok title entry je pn dah sakit hati kn? Hehehehe.. Ni bukan sesi lecture cuma peringatan untuk diri sendri dan tuk kita semua :) 

Ini adalah antara jawapan "TOP" yang saya biasa dengar bile berhadapan dengan sesetengah orang :) Ye, memang betul bila kita kerje dengan mana2 company memang salah satu benefit yang majikan akan beri dan wajib beri ialah perlindungan insuran.. Biasalah kita yang muda-mudi lagi bijak ni pn pandai sebelum nk hantar application keje akan recce betul2 pasal company tu lagi2 tang "GAJI tinggi ke?", "BONUS berapa bulan?", "INCREMENT berapa %?" & "INSURANCE ada ke tak?" dan kalau semua ok baru apply hehehe...
Cuma nak sentuh pasal insurance je..Persoalannya, pernah ke kita amik tau ;

 Q : Berapa coverage setahun?
 J  : Tengok pangkat kita dan tanya diri sendiri, adakah dengan jawatan yang aku pegang ni Majikan akan sediakan polisi coverage RM100K-RM300K setahun??Kalau pegang jawatan tinggi bolehlah :)
Q : Anak bini semua ditanggung sekali ke?
 J : Hmm ada majikan yang besar2 akan beri perlindungan kepada anak serta bini sekali dan ada majikan yang biasa-biasa ni sediakan perlindungan untuk pekerja sahaja
Q : Seumur hidup ke majikan akan tanggung insurans kita??
 J : Company ni bukannya kita atau parent kita punya, dah pencen/berhenti/diberhentikn pandai2 korang ler nak idup :p
Q : Bagaimana pula dengan guarantee letter (GL)? 24 jam bole request dari HR ke atau office  hour  je  bole request? Macam mana pula kalo sakit atau nak masuk private hospital hari Sabtu atau Ahad??
 J : Kebanyakkan majikan GL hanya bole dikeluarkan pada hari dan masa bekerja SHJ..Jadi kalau nak guna masa hari cuti/cuti am/malam silalah guna CASH tuk bayar deposit antara RM2k-RM10K (bergantung kepada serius atau tak sakit & kalau masuk ICU lagi tinggilah deposit yang private  hospital akan minta ye) Kalau ada Medical Card, 24hrs service bro dan deposit pun kurang dari RM500!!
Q : Semua penyakit cover ke dan kalau kerap sakit macam mana pula?
 J : Kalau kerja tak sampai setahun dah claim macam-macam masuk keluar hospital sakit itu  ini korang rasa majikan akan simpan korang sebagai pekerja lagi ke?? Baik dia ambil orang yang sihat yang tak selalu MC dan dia bole create satu alasan kukuh untuk memberhentikan orang seperti ini :)
 Q : Berapa room rate yang kita entitle?
 J : Tengok balik pada jawapan kepada soalan mula-mula tadi :) dan tambahan kepada jawapan tu adalah majikan akan ambil polisi dimana room rate yang paling minimum sekali :) korang tk bole nk pilih pun :p
Q : Kos rawatan akan dibayar 100% ke atau 40%?? 50%??
 J : Seorang kawan pernah mengeluh kebetulan dia suspect kena appendiks dan bila pergi klinik panel, doktor suruh buat rawatan segera..Jadi bila doktor hubungi HR tanya pasal GL, HR mula berdolak dalik tak tau apa dan bila sikawan tadi tanya sendiri rupa-rupanya majikan hanya akan cover 40% SAHAJA DARI KOS BIL RAWATAN kalau nak ke private hospital apa lagi doktor pun keluarkan surat tuk pergi ke HOSPITAL  KERAJAAN jeler (kalau dia terbaca entry ni mintak maaf ye! hehehe)  
Q : Boleh guna ke insuran tadi kalau sakit atau kemalangan diluar waktu bekerja?
 J : Ada sesetengah polisi yang diambil oleh majikan untuk pekerja HANYA BOLEH DIGUNAKAN WAKTU BEKERJA SAHAJA..Luar waktu bekerja sendiri jawab lah ye :)
Q : Bagaimana pula dengan yang baru bekerja, polisi insuran serta merta ada ke?
 J : Saya pernah bekerja dahulu dengan sebuah MNC yang polisi insuran HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA PEKERJA YANG CONFIRM SAHAJA dan kepada yang kena extend probation period tu hmmm paham-paham sajelah :) 

Dan yang paling mustahak sekali, yang ini kita kena renungkan betul2 ialah "KALAU KITA BERHENTI ATAU   DIBERHENTIKAN, APA JADI DENGAN POLISI INSURAN YANG MAJIKAN KITA SEDIAKAN TADI?? Haaa tu antara soklan yang perlu kita smua renung-renungkan dan pikir :)

Sebab apa majikan sediakan insurans kepada para pekerja?? Sedangkan pekerja asing pun sekarang ni wajib disediakan pelan insuran apa lagi kita dan disamping itu advantage majikan yang utama ialah untuk mendapatkan pengurangan keatas cukai tahunan selain dari menarik minat pekerja untuk berkhidmat disyarikat mereka..

Majikan tidak akan tanggung seandainya pekerja hilang upaya sementara atau sepenuhnya dan tidak akan menanggung sekiranya pekerja mendapat salah satu dari 46 penyakit kritikal..Jadi fikir-fikirkan lah apa kah kita akan dan masih perlu bergantung seumur hidup dengan majikan semata atau kita perlukan perubahan dan mula mendapatkan skim perlindungan untuk diri kita dan juga orang yang tersayang :)

KHAIRUL / WHATSAPP 012-3793162 / KHAIRULRAMLEEMAATAKAFUL@GMAIL.COM

No comments:

Post a Comment