Happy new year peeps!! Lama dah tk apdet blog ;) Jadi memandangkan tahun baru, azam baru n ni lah yang guer nk jadikan motto untuk 2013 & 2014 dan tahun2 selepasnya..In Shaa Allah..Alhamdulillah permulaan yang agak bagus untuk kerjaya guer tahun ni dgn concentrate 100% dalam bidang Takaful insuran ni..Bidang kerjaya tak semestinya kita perlu masuk office atau punch card, banyak lagi cara untuk mencari rezeki betul tak? Cuma kita perlu fokus dengan apa yang kita lakukan supaya kerja yg kita lakukan betul2 menjadi seperti yg kita harapkan..
Okeh jom tengok apa azam yg guer nak capai untuk 2 tahun akan datang ni..Moga dipermudahkan olehNYA In Shaa Allah..Azam guer selain dari nak menaikkan taraf hidup kami sekeluarga dan yang lain2 ni juga ada salah satu azam tuk mencapai apa yang kita impikan ;)
Hmmm...Harley-Davidson Sportster Iron 883N ni adalah salah satu minat guer sejak dari sekolah lagi..Kenapa Harley-Davidson dan bukan Superbike? Guer memang minat tengok orang bawak superbike ni tapi passion guer lebih kepada HD sbb dia easyride so tk perlu nk perah throttle tu nk bawak laju2 hehehe..
Wife guer mmg tk minat skit sbb bunyik bising katanye hehe..Tapi yang bising2 ni lah yg kaum lelaki sukakan betul tak? Harga on the road lebih kurang RM92,000 ;)
Yang si isteri pulak minat yang ni..Mazda CX5..Harga on the road lebih kurang RM155,000-165,000 huhuhu..Minat dia memang lebih kepada SUV lagi2 kaler biru ni haa..Sporty look memang sesuailah dgn dia kecik jek orang nya kalo bawak kete ni hehehe...
Haaa kalo SUV tadi tak dapat, dapat Toyota Estima ni pun jadilah ;) lagi mahal dari Mazda tadi tapi kebanyakkan yang ada skng ni smuanya recon model 2007 dan ke atas..Guer mmg minat dgn MPV ni sbb luas jadi nk jalan jauh ke nk angkut satu family pn takde masalah sumbat je selain dari ruang luas anak2 pun selesa bila naik...Harga bergantung kepada recon tahun berapa yang kita nak..Skng ni mmg zaman org bawak MPV ni sbb dari segi keluasan nak jalan jauh pun selesa dan mudah..Mcm naik ala2 mini bas hehehe..
Memang guer letakkan kepercayaan penuh tuk bernaung dibawah MAA Takaful dan semoga apa yg guer lakukan ini akan diberkati oleh ALLAH dan seterusnya mencapai segala impian seperti apa yang diatas ni dan juga punya time & financial freedom! Semua orang memang nak smua ini tapi bagaimana dan apa cara yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan semua ni bergantung kepada apa yang kita fikirkan kerana KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN..Jadi jangan banyak berangan dan mulakan kerja supaya kita mampu capai smua ni dalam masa tempoh yang singkat!
No comments:
Post a Comment